Dibawah regim DAP. segala perancangan serta kejahatan mereka dikawal serta disekat sepenuhnya dari disebarkan sedangkan sebelum ini mereka begitu ghairah menghasut serta memfitnah kerajaan BN&n...
+9DR ASYRAF WAJDI DUSUKISuka Halaman4 jam · APABILA KURSUS PERDANA HAJI DIJADIKAN MEDAN PENYEBARAN PROPAGANDA POLITIK DAN TOHMAHPagi ini seorang bakal jemaah haji yang sedang menghadiri Kur...
GEORGE TOWN: Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang dan pemaju Konsortium SRS dikatakan telah membuat cubaan menipu penduduk terutama anak kariah Masjid Sungai Nibong Besar, Bayan Baru.Tipudaya ...
Hadi Asraf20 Jun jam 10:03 PTG · :Baru2 ni kecoh pasal Masjid Sungai Nibong kena berhenti kerja sebab kontraktor LRT.. Ramai yang pm aku tanya situasi..So aku update sikit.. Lepas Asar tadi...
Hadi Asraf14 jam · UPDATE 2:Alhamdullilah ramai yang memberi sokongan desakan keatas isu Masjid Sungai Nibong nie.. Macam dakwaan y tidak benar disebarkan kononnya ini bukan masalah, oleh i...
Saya Sayang Lim Guan EngSuka Halaman15 jam · YB Teo Nie Ching bersama dengan NGO pendidikan negara China dalam usaha untuk penambahbaikan subjek sejarah sekolah kita.Umum kita mengetahui ba...
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.GEORGE TOWN:: Setelah Umat Islam Pulau Pinang bangkit menentang perancangan jahat DAP ,DAP cuba menipu lagi dengan mengatakan cadangan laluan Transit A...
P Ramasamy mengadakan perbincangan dengan pengurusan tertinggi kilang berhubung protes yang diadakan oleh pekerja mereka.GEORGE TOWN: DAP hari ini menyalahkan pekerja yang membantah diskriminasi sert...
+12Penduduk Pulau Pinang & Seberang Perai18 Jun jam 6:35 PTG · Petang tadi berlakunya Himpunan aman di perkarangan di Masjid Sg Nibong Besar bagi membantah cadangan jajaran projek pembi...
Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan kerajaan untuk memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST), lapor Sinar Harian.
Menurut beliau, kadar cukai jualan sebanyak 10 peratus hanya akan dikenakan sekiranya pengguna membuat pembelian. Katanya, ia berbeza dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dikenakan cukai pada sumber.
“Setakat yang saya tahu, (cukai SST dikenakan) 10 % jika anda membuat pembelian. Jika anda tidak membeli, anda tidak bayar (cukai SST). Manakala GST adalah cukai nilai tambah, sama ada anda beli atau tidak, semua harga akan meningkat.” – Tun Dr Mahathir
Apabila ditanya bagaimanakah kerajaan akan memastikan SST lebih transparen dari GST, Tun Mahathir kelihatan tidak selesa dengan soalan tersebut, menjawab dengan sinis:
“Kita perlu uji undang-undang (mengenai provinsi cukai). Kita tidak boleh menjadi legap sebab wartawan asyik bertanyakan soalan nakal” Tun Dr Mahathir
Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, di bawah Akta SST yang bakal dilaksanakan pada 1 September depan, cukai jualan dicadangkan adalah 10 peratus. Manakala untuk cukai perkhidmatan pula, dicadangkan sebanyak 6 peratus.
Penganalisis: SST tak turun harga barang, perkhidmatan
Sementara itu FMT melaporkan penguatkuasaan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan menyebabkan harga barangan akan naik dan tidak mengubah harga perkhidmatan kerana cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga mengenakan jumlah yang sama, memetik penganalisis ekonomi.
Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak (Utar) Prof Barjoyai Bardai berkata cukai jualan pada kadar 10% menyebabkan harga barang di kedai runcit atau pasar raya akan naik sebanyak 10%.
“Bila dia (kerajaan) perkenalkan SST, dia akan cukai pada kadar 10% ke atas pengilang. Kalau pengilang mengutip cukai ini daripada pemborong, pemborong menjual kepada peruncit, akan termasuk cukai jualan ini. Jadi kita akan lihat harga barang di kedai runcit atau di supermarket akan naik sebanyak 10%,” – Prof Barjoyai Bardai-
Dari segi penguatkuasaan 6% cukai perkhidmatan pula, beliau berkata ia tidak akan mengubah harga barang kerana harga perkhidmatan semasa GST juga tetap sama iaitu pada kadar 6%.
Beliau juga bimbang cukai 6% ini juga menyebabkan syarikat yang menawarkan perkhidmatan akan memperoleh keuntungan lebih daripada langkah berkenaan.
Malah, katanya, selepas kerajaan mengumumkan GST dikenakan pada kadar 0%, harga barangan dan perkhidmatan tidak mengalami penurunan.
Reaksi Netizen.
Di media sosial, kenyataan Tun Dr Mahathir ini menjadi bahan troll oleh netizen.
Nik Mohd Shahril IzwanLagi aku x faham bila dia kata gst ni walaupun orang lain beli kita yang byr cukainya
Huda RamliMad Maslan belajar dengan Atok atau Atok belajar dengan Mad Maslan?
Jenice LeeJangan makan tak perlu bayar SST, sudah mati apa-apa cukai pun tak perlu bayar.
Azhar PtjKalau nak barang jgn beli ambil je jgn bayar kalau bayar nanti kena SST
Anas Abd JalilKalau tak mau anak buat dosa, jangan buat anak
Sementara itu, pemerhatian TTKM mendapati majoriti rakyat berang dengan perkenalan semula SST pada peratusan yang lebih tinggi dari GST sebelum ini. Mereka gusar ia akan menyebabkan kos sara hidup lebih tinggi dan harga barang meningkat.
“Sudahlah harga minyak tak turun, harga tomato pula yang turun, lagi nak perkenalkan SST pada kadar tinggi begitu? Janji manifesto macam-macam. Sudahnya janji dicapati, lepas tu cakap manifesto bukan kitab suci!
This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
0 Comments:
Post a Comment