iqlasmediacom

iqlasmediacom

Terkini:

MEMPERINGATI PERISTIWA 13HB MEI, 1969

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan luaran
Unit Media Wangsa Maju
MEMPERINGATI PERISTIWA 13HB MEI, 1969
50 tahun yang lalu, di Kuala Lumpur kita dikejutkan dengan insiden rusuhan kaum yang terbesar dan paling dahsyat dalam sejarah sebuah negara baru.
Ribuan rakyat berbagai kaum termasuk beberapa rakan saya yang tidak berdosa telah terkorban, menjadi mangsa kerana keserakahan dan permainan politik kotor serta polimik perkauman yang sengaja dicetuskan oleh tokoh-tokoh politik yang kini masih lagi menjadi pelaku (utama) di dalam kancah perebutan kuasa di negara kita, Malaysia.
Saya berusia 16 tahun pada waktu itu, bersekolah di SAB Kampong Pandan, berminggu-minggu menyaksikan rentetan peristiwa yang telah membawa kepada insiden rusuhan dan pembunuhan di sekitar Setapak, Kampong Baru dan di kawasan sesak Chow Kit, Kuala Lumpur.
DAP, Gerakan, PEKEMAS dan Parti Buruh selepas kemenangan PRU 1969 beberapa hari sebelum tragedi berdarah tersebut telah dengan sombong dan angkuhnya menganjurkan beberapa siri perarakan kemenangan yang dikatakan amat mengguris dan menghina serta mahu menghalau orang Melayu.
Tindak balas spontan UMNO ialah mempertahankan diri dan mereka segera berkampong di Rumah Selangor.Lim Kit Siang dari DAP dengan lantang berkata: "Ini Kuala Lumpur dan Selangor kini Cina punya, Melayu sudah kalah; boleh balik kampong tanam kacang," tambah menyemarakkan kemarahan para pengikut Datuk Harun, MB Selangor pada waktu itu..
Saya tidak akan lupa ucapan rasis dan melampau Lim Kit Siang tersebut dan beranggapan DAP dan parti-parti chauvanis Cina adalah pencetus sebenarnya berlakunya Peristiwa 13 Mei.
Rujuk Kertas Putih Kerajaan tentang Insiden 13 Mei 1969.
Share on Whatsapp

About .

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Comments:

Popular Posts

Banner4

Banner4