iqlasmediacom

iqlasmediacom

Terkini:

UEC SENJATA POLITIK UNTUK MENJATUHKAN PEMIMPIN SERTA KUASA POLITIK MELAYU.

UEC SENJATA POLITIK UNTUK MENJATUHKAN PEMIMPIN SERTA KUASA POLITIK MELAYU.

Image result for gambar bantahan uec




Memahami apa yang tersirat di sebalik tuntutan pengiktirafan UEC.


Tuntutan pengiktirafan UEC adalah strategi serampang seribu mata yang akan menjerat semua pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan pemimpin Cina, kerana mereka akan kehilangan sokongan pengundi Melayu terhadap mereka,sementara sokongan terhadap pemimpin Cina pula semakin kuat jika segala tuntutan ini berjaya diperolehi sekaligus berjaya memecah-belahkan sokongan terhadap pemimpin Melayu.Inilah pengkhianatan yang sebenar .Jika tidak mengapa parti yang mengaku parti pelbagai bangsa seperti DAP,Gerakan begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan perkara ini,parti MCA tak perlu lihatlah yang sememangnya parti Cina. 


Image result for gambar cina dimalaysia sembah tokong melayu 



Bahasa Malaysia telah diterima dan diiktiraf sebagai bahasa penyatuan dinegara ini serta salah satu syarat penerimaan kerakyatan bangsa Cina dan India dinegara ini sewaktu perjanjian kemerdekaan dari Inggeris.Walaupun pada waktu itu Bangsa Melayu tidak perlu memenuhi permintaan supaya diberi kerakyatan kepada Bangsa Cina dan India pun tidak mengapa kerana pada masa itu semua Negara jajahan British telah merdeka satu persatu kerana pada masa itu British sangat lemah dan tidak lagi mampu mentadbir hampir kesemua tanah jajahannya selepas perang dunia ke-2.Negara seperti India,Pakistan,China,Indonesia dan sebagainya tidak perlu memberikan kerakyatan pada  bangsa lain pun sebagai sebahagian dari syarat kemerdekaan mereka tetapi ianya berlaku disini kerana sifat toleransi yang tinggi bangsa Melayu di Negara ini.



Dengan mengiktiraf UEC kerajaan hanya akan menggalakkan perpecahan serta membuatkan bangsa minoriti yang lain seperti India,Iban,Dayak dan sebagainya akan merasa  terpinggir serta disisihhkan.Jika mereka juga menuntut perkara yang sama bagaimana kita boleh hidup bersama tetapi belajar bekerja didalam keadaan berbeza.Adakah penyatuan bangsa yang dicanangkan setiap hari dinegara ini hanyalah kepura- puraan semata-mata sehingga matlamat sesuatu kaum telah  tercapai mereka tidak perlu lagi pedulikan bangsa lain.



Related image



Bahasa Malaysia merupakan Identiti negara, bagaimana kita hendak berkomunikasi  di tempat awam dan tempat kerja jika masing-masing berkomunikasi dalam bahasa berbeza. Bahasa Inggeris sudah sedia dikenali sebagai bahasa Negara British ,begitu juga bahasa China,India dan sebagainya dinegara masing-masing.Dasar Pendidikan Negara yang sedia ada yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa utama dan rasmi memudahkan pentadbiran berpusat serta lebih mudah dipantau supaya tiada penyelewengan serta salahguna kuasa oleh pihak berkepentingan berbanding jika ianya hanya diuruskan oleh NGO atau persatuan tertentu.
Berapa banyak pembaziran yang perlu dbuat sekiranya pelbagai dokumen kerajaan dan sebagainya perlu dicetak didalam pelbagai bahasa kerana pelbagai bangsa lebih mengutamakan bahasa mereka.Berapa jenis persekolahan perlu diwujudkan demi untuk memenuhi keperluan ini.

           
                                       Orang yang hidup dizaman tiada pengiktirafan UEC.

Atas alasan apa kerajaan perlu melayan tuntutan  ini,adakah dengan tiada pengiktirafan UEC ini menggambarkan bahawa bangsa Cina dinegara ini tersisih dan tertindas.Adakah selama ini bangsa  Cina dinegara ini dihalang dari menikmati kebebasan serta kejayaan dinegara ini.Walaupun selama ini UEC tidak diiktiraf dan bangsa Cina hidup didalam sistem pelajaran sedia ada ,mereka tetap berjaya  didalam hidup ,perniagaan dan sebagainya malahan ada yang lebih berjaya dari bangsa Melayu sendiri , iaitu bangsa majoriti negara ini.



Negara Malaysia perlu mencontohi  negara besar yang lain , hanya mengiktiraf satu bahasa sebagai bahasa rasmi dan utama. Kalau nak dibandingkan dengan negara India,China,Us dan sebagainya negara kita hanya terbahagi kepada beberapa etnik saja berbanding negara tersebut yang terbahagi kepada begitu banyak etnik. Ini menunjukkan kelemahan pentadbiran yang ketara kerana tidak mampu pun menyatukan rakyat didalam satu sistem bahasa yang perlu gunapakai oleh semua bangsa di Malaysia sejak sekian lama.UEC juga tidak pernah dituntut sebagai sebahagian dari syarat kemerdekaan kerana mereka tahu ianya akan ditentang habis- habisan kerana pada masa itu semangat kemelayuan,penyatuan dan penentangan Melayu sangat kuat .Melayu pada masa itu masih boleh menerima bangsa lain sebagai warganegara tetapi bukan bahasa mereka yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara.



                                   Matlamat sebenar disebalik tuntutan pengiktirafan UEC.


1. Tujuan utamanya hanyalah untuk menarik perhatian dan sokongan bangsa Cina.

Menanam kebencian  dan membentuk jurang  diantara kerajaan ,bangsa lain dengan bangsa Cina dinegara ini.

2.  Mewujudkan kumpulan bangsa Cina yang sentiasa terasing dari bangsa lain supaya lebih mudah  mereka diekploitasi.
3.  Membentuk negara dalam negara dimana komuniti Cina diasingkan sepenuhnya dari pentadbiraan kerajaan. .
4. Strategi untuk memecahbelahkan Melayu secara berterusan dan terancang sambil mencapai matlamat.
5.  Menarik sokongan serta menyatukan sokongan bangsa Cina tetapi pada masa yang sama mencanang pada rakyat , mereka parti pelbagai bangsa, ini menunjukkan sikap rasis ,kiasu serta tamak haloba mereka yang sebenar .Kesungguhan mereka memaksa supaya UEC diiktiraf membuktikan mereka hanya lebih berminat memperguna serta mengekploitasikan bangsa lain untuk kepentingan mereka tanpa memperdulikan kesan yang akan ditanggung akibat dari tindakan mereka.






Pemimpin Melayu sepatutnya mencontohi pemimpin Cina dimana mereka akan berbuat apa saja untuk bangsa  mereka demi untuk mengekalkan sokongan pada mereka walaupun mereka tahu tanpa sokongan bangsa lain mereka tidak dapat memenangi sesuatu kawasan.Usaha mereka secara berterusan ini juga menunjukkan kesetiaan mereka pada negara ini serta matlamat mereka pada negara ini adalah berbeza dari matlamat bangsa lain di negara ini.Ini adalah kerana Bangsa Cina negara ini lebih kearah hidup didalam kelompok mereka sendiri dan secara berterusan berusaha untuk memisahkan bangsa mereka dari  segala sistem yang digunapakai  dinegara ini.Tidak mustahil selepas ini mereka akan menuntut supaya bangsa mereka diberi kuasa autonomi serta seterusnya bangsa yang merdeka pula selepas ini setelah pelbagai tuntutan ini berjaya dipenuhi.



Kerajaan perlu menolak semua tuntutan ini, kerana tuntutan ini bukanlah tuntutan akhir mereka, selepas ini akan ada tuntutan lain pula,serta sokongan dari mereka adalah bersifat sementara,sedangkan tuntutan  mereka bersifat  kekal dan sukar diubah atau ditarik balik jika tiada lagi sokongan dari mereka serta menggalakkan perpecahan dalam negara. UEC juga tidak dikawal dan ditadbir kerajaan ,ianya mudah dimanipulasi oleh orang yang ada kepentingan. Apa yang mereka boleh beri kepada negara jika tuntutan dipenuhi,kesetian mereka juga boleh dipertikai kerana  pernah mematuhi perjanjian perlembagaan negara . Apa gunanya perlembagaan dan undang – undang jika ianya bukan untuk dipatuhi  sesetengah orang sedangkan orang lain perlu mematuhinya.Atas alasan apa tuntutan ini perlu dipenuhi ,sedangkan mereka telah hidup selesa dan berjaya dengan sistem sediaada ,tiada alasan munasabah untuk memenuhi tuntutan mereka selain dari cubaan untuk  memecahbelahkan masyarakat serta menghuruharakan negara semata-mata.






Perkara ini akan mewujudkan negara cacamarba tanpa identiti yang jelas serta tidak stabil ,terdedah perselisihan perpecahan pada bila –bila masa. Sokongan pengundi Cina yang diberi  adalah bersifat sementara ,sedangkan pengitirafan UEC adalah bersifat kekal .Apa pula yang boleh diberi sebagai timbal balas segala tuntutan ini.Selepas ini apa lagi tuntutan yang akan dituntut oleh mereka sebagai balasan untuk sokongan mereka.Apa pula balasan yang harus diberi  untuk sokongan mereka.
Tanpa sokongan mereka semua bolehkah dengan hanya sokongan pengundi  Cina  kemenangan dapat diperolehi. Ini menunjuk pemimpin sekarang tidak pernah menghargai serta memperdulikan bangsa lain di negara ini sebaliknya lebih berminat untuk memperguna mereka untuk meraih kemenangan pilihanraya semata-mata .Untuk apa lagi bangsa lain selain dari bangsa Cina harus menyokong Ph ,anda hanya membuang masa dan membiarkan diri anda dipergunakan oleh pemimpin Cina untuk  membolot apa saja di negara ini demi untuk memenuhi ketamakkan mereka.Berwaspadalah musuh sebenar keamanan adalah ketamakkan manusia yang akan memusnahkan semua nikmat serta apa yang ada hari ini atau sebelumnya.
Share on Whatsapp

About .

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 Comments:

Popular Posts

Banner4

Banner4