Home / Uncategories / Tak timbul siapa terajui pembangkang, Pemuda Umno jawab PAS .Asalkan pemerintahan negara dierajui oleh Melayu Islam yang sebenar serta bukan boneka sesiapa.
KUALA LUMPUR: Pemuda Umno berpandangan tidak timbul soal teraju barisan pembangkang, selepas Pemuda PAS hari ini berkata kerjasama politik antara kedua-dua parti itu perlu menjadikan PAS sebagai “nakhoda”.
Ketua Pemuda, Asyraf Wajdi Dusuki berkata ketika ini kerjasama Umno dan PAS diuruskan oleh jawatankuasa induk dan teknikal bersama.
“Tidak pernah timbul siapa yang patut kuasai siapa kerana masing-masing ada kekuatan dan kelemahan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.Beliau menambah Umno dan PAS juga belum sampai ke peringkat perbincangan kerusi pilihan raya.“Baru nak memeterai piagam kita yang asas. InsyaAllah Julai nanti ada mesyuarat induk dan kita akan halusi piagam ini,” katanya.
Sebelum ini, di persidangan tahunan Pemuda PAS hari ini, perwakilan Kedah, Nasrun Othman dalam ucapannya berkata kerjasama Umno dan PAS perlu didasari beberapa syarat, antaranya menjadikan PAS sebagai nakhoda.Sementara itu, Asyraf berkata Pemuda Umno konsisten tidak mahu parti terjebak dengan rundingan pintu belakang untuk menjadi kerajaan.
“Rakyat telah hukum Umno dan Barisan Nasional (BN) dan kita dalam proses bangkit dengan satu perubahan yang positif berasaskan apa rakayat kehendaki,” katanya.Beliau juga mengumumkan Umno mencatatkan pertambahan ahli yang memberangsangkan dalam tempoh sebulan lalu.
Dari 6 Mei sehingga pertengahan Jun, parti itu mencatatkan peningkatan ahli sebanyak 2,088 orang.“Bila jadi pembangakang orang lebih berminat kut,” katanya.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Popular Posts
-
“Tak beli, tak bayar cukai SST!” – PM Kuala Lumpur : Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tinda...
-
Facebook Twitter WhatsApp Email More 8.4K Memahami apa yang tersirat di sebalik tuntutan pengiktirafan UEC. Tuntutan pengiktir...
-
Putrajaya U-Turn lagi: “Manifesto bukan kitab suci!” – PM Parlimen, 16 Julai : Putrajaya melakukan U-turn lagi berhubung perlantikan sp...
-
Kembar Siam cekal hadapi alam kampus Mengaku tidak bersalah belasah suami isteri [Kapsul BHTV] ...
-
edia PH kata tak sampai 700 orang.
-
Putrajaya U-Turn lagi: “Manifesto bukan kitab suci!” – PM Parlimen, 16 Julai : Putrajaya melakukan U-turn lagi berhubung perlantikan...
-
+15 Mykmu.net sedang bersama Haji Mohd Zaffarollah dan 2 yang lain . Suka Halaman 4 Mei jam 6:12 PTG · # Hi...
-
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wa...
Banner4

0 Comments:
Post a Comment